CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Skrub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skrub. Papar semua catatan

Isnin, Julai 23, 2012

Skrub Muka Beras

Assalamualaikum

Apa khabar semua?? 

Hari ni nak bercerita pasal skrub muka beras. Mungkin ramai yang dah tahu beras selain makanan ruji rakyat Malaysia, ia berpotensi dalam produk kecantikan juga.

Kredit gambar kepada Shiok


Tahukah anda bahawa kanji yang berada pada beras itu mampu melembutkan dan melicinkan kulit muka?

Saya pernah teringat cerita mak tentang kecantikan kulit orang Thai dan Orang Vietnam. Dikatakan mereka makan beras pulut. Itu kulit mereka cantik ajer..

Tapikan...takkan makan ajerkan? Mungkin ada yang buat skrub pakai beras pulut kot? Hal ini saya tak tahu.

Selain itu, kalau kita tengok iklan SK-II, bahan yang digunakan juga beras. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang saya cuba amalkan supaya tidak terlalu banyak menggunakan bahan kimia yang pelik-pelik kat muka ialah dengan cuba menggunakan bahan semula jadi. Iaitu beras hancur sebagai skrub muka.

Cara-cara buat skrub beras :
        1. Ambil dalam sejemput beras ( nak lebih sikit pun boleh) kemudia basuh dan toskan.
        2. Kemudian goreng tanpa minyak...kejap aje...jangan sampai kuning - nanti bau hangit.
        3. Dah siap goreng terus masuk dalam pengisar, dan kisar halus.
        4. Simpan dalam bekas kering

Cara Pakai :
     1. Cuci muka dulu
      2. Ambil dalam setengah camca kecil ajer beras tu, isi dalam bekas.
      3. Masukkan sedikit perahan limau (nipis/purut/kasturi)
      4. Sapu rata di muka dan biarkan kering seketika
      5. Selepas kering dalam 5-10 minit, gosok muka dengan tangan tanpa air
      6. Kemudia cuci dengan air biasa

Kalau masa saya tumbuh jerawat, dan ada bekas luka jerawat yang baru, saya akan gunakan beras hancur tadi dan letak sedikit kunyit hidup tumbuk. Mungkin akan rasa pedih kalau guna kunyit hidup. Jadi kalau takut gantikan kunyit serbuk. Kemudian letak sedikit air biasa. 


Kelebihan :
     1.Mengurangkan bengkak jerawat yang baru nak tumbuh
      2.Menghalang jerawat dari tumbuh - potensi dari asid limau dan kunyit
      3.Menghaluskan kulit dan memulihkan parut dari kelihatan jelas - tekstur dari beras hancur
      4.Menegangkan kulit - air limau dan kanji beras
      5.Menanggalkan sel kulit mati - masa gosok beras yang kering di muka


Ini hanyalah cara saya dan kawan-kawan amalkan untuk kurangkan jerawat. Bagi yang rasa takder perubahan, mungkin anda perlu jumpa pakar kulit. Itu cara yang terbaik.

Bagi yang rasa nak cuba produk Aura Maya, di alu-alukan. Sebab produk ni 100% halal menggunakan tumbuhan organik sahaja dan tindak balas yang positif dalam beberapa minggu sahaja. Penghantaran percuma kepada Semenanjung Malaysia dan hanya RM6.00 bagi Sabah Serawak. 

Hubungi SweetLife di 013-9668001





Sweet's Follower