CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Aura Maya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aura Maya. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 04, 2012

Pengedar Aura Maya


Assalamualaikum



Aura Maya Skin Care

Harga Aura Maya Skin Care

RM130.00 perset to Semenanjung Malaysia
RM140.00 perset to Sabah Sarawak

FREE POSTAGE

Belian retail : 019 9050325

Belian borong : 013 9668001

Ahad, September 23, 2012

Aura Maya Skin Care pickup by hand

Assalamualaikum

Anda mahu beli aura maya terus dengan tulip?

Kami berada di :

UKM BANGI - 019 9050325
TEMERLOH - 013 9668001





Harga Aura Maya Skin

RM 130.00 SEMENANJUNG

RM 140.00 SABAH SARAWAK

FREE POS

Rabu, September 05, 2012

Tahukah anda tentang Aura Maya?


Aura Maya Skin Care

Assalamualaikum
Kenapa tulip syorkan penggunaan aura maya kepada anda?

Tahukah Anda Produk Aura Maya yang tulip jual ini adalah murah dan original?

Harga Aura Maya yang terbaru ini naik sedikit sahaja apabila pembekal kami menaikkan harga.

Tulip tidak ambil keuntungan yang tinggi tetapi cukup-cukup sahaja sebagai pendapatan sampingan buat tulip dan keluarga.

Satu set produk Aura Maya biasanya habis digunakan dalam 3 bulan. Dalam tempoh 2 minggu pertama anda   tidak digalakkan memakai sebarang alat makeup seperti foundation, bedak dan apa-apa sahaja bahan skin care. Kat sini dah jimat dah kos alat makeup anda.

Bagi tulip pula, selepas dah 2 minggu tak pakai makeup, muka tulip rasa segar dan ringan. Kalau tak tulip terpaksa pakai concealer untuk bekas jerawat yang jelas. 

Abah tulip bising kalau tengok tulip pakai makeup tebal sikit semata-mata nak tutup jerawat, dah macam penyanyi opera cina nanti katanya

Bila tak pakai makeup, tetapi hanya dengan krim siang dan bedak baby ia memudahkan tulip bersihkan muka untuk solat ketika berjalan-jalan keluar. Islam sendiri telah mengajar perlu membersihkan kulit dari sebarang anasir yang menghalang air dari sampai ke kulit.

Bila muka bersih dan kena air, kulit muka akan rasa segar..tidak perasankah anda?? hehehe

Kesimpulannya, selepas penggunaan Aura Maya selama sebulan, tulip rasa berpuas hati. Semuanya adalah kehendak Allah, bagi mereka yang tidak berjaya dengan penggunaan Aura Maya, anda perlu berjumpa dengan pakar kulit. Sebab ramai juga kawan-kawan tulip yang jumpa dengan pakar kulit untuk masalah mereka, alhamdulillah mereka berjaya selesaikannya.

Isnin, September 03, 2012

Testimoni Aura Maya oleh Tulip


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog TulipComel (^^)/ 

Hari ni Tulip sendiri akan buat testimoni tentang aura maya..hehehe... (^^,)

Ini gambar tulip sebelum dan selepas pakai aura maya.



Kenapa tulip pakai aura maya?

Pada asalnya tulip payah nak percaya dengan produk skin care nih? Sebab dah banyak dah tulip cuba dari yang berjenama (ada yang artis popular pakai) sehingga la yang tidak ada jenama ( buat sendiri ;p ) tapi takder  berkesan.

Kemudian, kak ipar cadangkan pakai produk Aura Maya, muka dia pun makin licin dan tidak ada jeragat dan jerawat. 

Hasil yang tulip rasakan melalui pemakaian Aura Maya?

Mengikut testimoni dari pengguna Aura Maya yang lain mereka akan dapat kesan (kulit licin) dalam tempoh 14 hari, tetapi kulit Tulip jenis yang kasar jadi payah sikit nak licin ditambah dengan jerawat yang keras dalam kulit. 

Seperti pengguna yang lain tahap pengelupasan turut dirasai tulip terutama pada bahagian bibir dan pipi yang ada jerawat dan bekas jerawat. 

Boleh nampak di gambar pada hari ke-10, merah-merah kat bibir tu adalah kesan pengelupasan. 

Selepas 1 Bulan, hasilnya??

Pada 27 Ogos 2012 iaitu lebih kurang 1 bulan lebih pemakaian Aura Maya, kulit muka tulip dah tak mengelupas dan mula serasi dengan sabun, krim siang dan malam.

Jika sebelum ini bila tulip usap pipi muka, rasa kesat dan bergerutu disebabkan permukaan kulit yang tak sekata oleh jerawat dan bekas jerawat. Sekarang ni, tulip rasa licin dan bersih. 

Apa yang tulip perlu lakukan sekarang ialah jaga pemakanan dan stress sebab belajar..kalau tidak jerawat akan naik dengan cepat dan tidak putus-putus... hehehe.... 

Sepupu-sepupu Tulip pun dah nampak perubahan kulit muka tulip. hehehe

Selasa, Julai 31, 2012

Tomato Masker

Assalamualaikum (^^)/

Hari ini, tulip nak kongsikan tips muka lembut, bersih dan segar dengan menggunakan buah tomato.
Credit picture to Patent docs

Selalunya kalau hari tulip masak sayur campur atau masakan yang mengandungi tomato, tulip mesti ambik bahagian kepala buah tu, potong tebal sikit dan sapu rata di muka. Anda biasa buat tak?

Buah tomato ini dikatakan mengandungi khasiat zat besi, serat, vitamin A dan C.

Oleh itu ia memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan dan kulit kita.

Pasti anda pernah tengok satu iklan produk yang memasukkan buah tomato ke dalam kulit muka. Ia merupakan satu simbolik untuk menunjukkan betapa bagusnya kalau kulit kita cantik dan licin sahaja seperti kulit tomato.

Cara buat tomato masker mudah saja :
1. Buah tomato yang segar dan merah
2. Potong buah tomato kepada dua bahagian
3. Buang bijinya, ( sesetengah orang alah kepada biji tomato semasa sapu pada muka)

Cara pakai tomato masker
1. Bersihkan dulu wajah dengan air suam-suam kuku atau air biasa pun boleh jika malas 
2. Sapukan isi tomato keseluruh muka
3. Biarkan ia kering sehingga muka terasa tegang
4. Bilas semula dengan air bersih

Hasilnya (daripada pengalaman) :
1. Muka terasa lembut dan bersih bebas dari minyak muka
2. Jika di amalkan selalu kulit muka terasa halus dan licin
3. Menaikkan kembali seri wajah ( eceh wah)


Tapi tulip ni pemalas dan jarang masak di rumah. Time determine yang tinggi, tulip rajinlah buat dalam seminggu, kemudian habis tomato, malas dah nak pergi beli..hahaha

Tapi yang pasti, tulip rajin cuci muka, terutama balik daripada kerja atau berjalan-jalan. Bangun tido sudah pasti akan cuci juga.



Aura Maya Skin Care - Adding value to your life



Sekarang ni Tulip guna Aura Maya Skin Care. Apabila telah dapat hasil yang memuaskan, tulip akan letak gambar tulip di post baru nanti InshaAllah ;P hehehe

Bagi mereka yang malas nak guna tips tomato masker di atas dan inginkan perubahan segera pada muka, bolehlah cuba Aura Maya Skin Care. Kelebihan dan kehebatan produk ini anda boleh baca sendiri di testimoni blog SweetLife ni atau boleh buat kajian melalui pengguna lain.


Untuk pertanyaan produk Aura Maya Skin Care anda boleh terus tinggalkan pesanan di nombor 013-9668001 atau jika untuk terus menempah sila hantar borang pesanan disini






Khamis, Julai 26, 2012

New Packaging Aura Maya

Assalamualaikum for all beauty human (^^)/

Today i would to announce for those who doesn't know, Aura Maya Skin Care packaging has been change to new look and fresh.

Transformation
So, what are you guys waiting for?? Come and grab this new look elegant design for your own. And its also suitable to be one of "hantaran" in your wedding ceremony.

For any questions about Aura Maya - don't be shy to SMS at 013-9668001

or come join us at facebook  https://www.facebook.com/aura.m.skincare to get latest update of this product.

For the order : Please submit this Order Form

Isnin, Julai 23, 2012

Skrub Muka Beras

Assalamualaikum

Apa khabar semua?? 

Hari ni nak bercerita pasal skrub muka beras. Mungkin ramai yang dah tahu beras selain makanan ruji rakyat Malaysia, ia berpotensi dalam produk kecantikan juga.

Kredit gambar kepada Shiok


Tahukah anda bahawa kanji yang berada pada beras itu mampu melembutkan dan melicinkan kulit muka?

Saya pernah teringat cerita mak tentang kecantikan kulit orang Thai dan Orang Vietnam. Dikatakan mereka makan beras pulut. Itu kulit mereka cantik ajer..

Tapikan...takkan makan ajerkan? Mungkin ada yang buat skrub pakai beras pulut kot? Hal ini saya tak tahu.

Selain itu, kalau kita tengok iklan SK-II, bahan yang digunakan juga beras. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang saya cuba amalkan supaya tidak terlalu banyak menggunakan bahan kimia yang pelik-pelik kat muka ialah dengan cuba menggunakan bahan semula jadi. Iaitu beras hancur sebagai skrub muka.

Cara-cara buat skrub beras :
        1. Ambil dalam sejemput beras ( nak lebih sikit pun boleh) kemudia basuh dan toskan.
        2. Kemudian goreng tanpa minyak...kejap aje...jangan sampai kuning - nanti bau hangit.
        3. Dah siap goreng terus masuk dalam pengisar, dan kisar halus.
        4. Simpan dalam bekas kering

Cara Pakai :
     1. Cuci muka dulu
      2. Ambil dalam setengah camca kecil ajer beras tu, isi dalam bekas.
      3. Masukkan sedikit perahan limau (nipis/purut/kasturi)
      4. Sapu rata di muka dan biarkan kering seketika
      5. Selepas kering dalam 5-10 minit, gosok muka dengan tangan tanpa air
      6. Kemudia cuci dengan air biasa

Kalau masa saya tumbuh jerawat, dan ada bekas luka jerawat yang baru, saya akan gunakan beras hancur tadi dan letak sedikit kunyit hidup tumbuk. Mungkin akan rasa pedih kalau guna kunyit hidup. Jadi kalau takut gantikan kunyit serbuk. Kemudian letak sedikit air biasa. 


Kelebihan :
     1.Mengurangkan bengkak jerawat yang baru nak tumbuh
      2.Menghalang jerawat dari tumbuh - potensi dari asid limau dan kunyit
      3.Menghaluskan kulit dan memulihkan parut dari kelihatan jelas - tekstur dari beras hancur
      4.Menegangkan kulit - air limau dan kanji beras
      5.Menanggalkan sel kulit mati - masa gosok beras yang kering di muka


Ini hanyalah cara saya dan kawan-kawan amalkan untuk kurangkan jerawat. Bagi yang rasa takder perubahan, mungkin anda perlu jumpa pakar kulit. Itu cara yang terbaik.

Bagi yang rasa nak cuba produk Aura Maya, di alu-alukan. Sebab produk ni 100% halal menggunakan tumbuhan organik sahaja dan tindak balas yang positif dalam beberapa minggu sahaja. Penghantaran percuma kepada Semenanjung Malaysia dan hanya RM6.00 bagi Sabah Serawak. 

Hubungi SweetLife di 013-9668001





Sweet's Follower