CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, September 05, 2012

Tahukah anda tentang Aura Maya?


Aura Maya Skin Care

Assalamualaikum
Kenapa tulip syorkan penggunaan aura maya kepada anda?

Tahukah Anda Produk Aura Maya yang tulip jual ini adalah murah dan original?

Harga Aura Maya yang terbaru ini naik sedikit sahaja apabila pembekal kami menaikkan harga.

Tulip tidak ambil keuntungan yang tinggi tetapi cukup-cukup sahaja sebagai pendapatan sampingan buat tulip dan keluarga.

Satu set produk Aura Maya biasanya habis digunakan dalam 3 bulan. Dalam tempoh 2 minggu pertama anda   tidak digalakkan memakai sebarang alat makeup seperti foundation, bedak dan apa-apa sahaja bahan skin care. Kat sini dah jimat dah kos alat makeup anda.

Bagi tulip pula, selepas dah 2 minggu tak pakai makeup, muka tulip rasa segar dan ringan. Kalau tak tulip terpaksa pakai concealer untuk bekas jerawat yang jelas. 

Abah tulip bising kalau tengok tulip pakai makeup tebal sikit semata-mata nak tutup jerawat, dah macam penyanyi opera cina nanti katanya

Bila tak pakai makeup, tetapi hanya dengan krim siang dan bedak baby ia memudahkan tulip bersihkan muka untuk solat ketika berjalan-jalan keluar. Islam sendiri telah mengajar perlu membersihkan kulit dari sebarang anasir yang menghalang air dari sampai ke kulit.

Bila muka bersih dan kena air, kulit muka akan rasa segar..tidak perasankah anda?? hehehe

Kesimpulannya, selepas penggunaan Aura Maya selama sebulan, tulip rasa berpuas hati. Semuanya adalah kehendak Allah, bagi mereka yang tidak berjaya dengan penggunaan Aura Maya, anda perlu berjumpa dengan pakar kulit. Sebab ramai juga kawan-kawan tulip yang jumpa dengan pakar kulit untuk masalah mereka, alhamdulillah mereka berjaya selesaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan teguran atau kata-kata yang berhemah tinggi yer (^^)/ Terima Kasih

Sweet's Follower