CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, September 03, 2012

Testimoni Aura Maya oleh Tulip


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog TulipComel (^^)/ 

Hari ni Tulip sendiri akan buat testimoni tentang aura maya..hehehe... (^^,)

Ini gambar tulip sebelum dan selepas pakai aura maya.



Kenapa tulip pakai aura maya?

Pada asalnya tulip payah nak percaya dengan produk skin care nih? Sebab dah banyak dah tulip cuba dari yang berjenama (ada yang artis popular pakai) sehingga la yang tidak ada jenama ( buat sendiri ;p ) tapi takder  berkesan.

Kemudian, kak ipar cadangkan pakai produk Aura Maya, muka dia pun makin licin dan tidak ada jeragat dan jerawat. 

Hasil yang tulip rasakan melalui pemakaian Aura Maya?

Mengikut testimoni dari pengguna Aura Maya yang lain mereka akan dapat kesan (kulit licin) dalam tempoh 14 hari, tetapi kulit Tulip jenis yang kasar jadi payah sikit nak licin ditambah dengan jerawat yang keras dalam kulit. 

Seperti pengguna yang lain tahap pengelupasan turut dirasai tulip terutama pada bahagian bibir dan pipi yang ada jerawat dan bekas jerawat. 

Boleh nampak di gambar pada hari ke-10, merah-merah kat bibir tu adalah kesan pengelupasan. 

Selepas 1 Bulan, hasilnya??

Pada 27 Ogos 2012 iaitu lebih kurang 1 bulan lebih pemakaian Aura Maya, kulit muka tulip dah tak mengelupas dan mula serasi dengan sabun, krim siang dan malam.

Jika sebelum ini bila tulip usap pipi muka, rasa kesat dan bergerutu disebabkan permukaan kulit yang tak sekata oleh jerawat dan bekas jerawat. Sekarang ni, tulip rasa licin dan bersih. 

Apa yang tulip perlu lakukan sekarang ialah jaga pemakanan dan stress sebab belajar..kalau tidak jerawat akan naik dengan cepat dan tidak putus-putus... hehehe.... 

Sepupu-sepupu Tulip pun dah nampak perubahan kulit muka tulip. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan teguran atau kata-kata yang berhemah tinggi yer (^^)/ Terima Kasih

Sweet's Follower